TUMPAT – Dua beradik wanita hidup dalam ketakutan apabila rumah pusaka diwarisi mereka di Jalan Hulu Stesen, Wakaf Bharu dekat sini seolah-olah dijadikan sasaran tiga penjenayah sama sejak awal tahun ini untuk mereka membeli dadah.
Sejak Januari lalu, rumah kampung didiami adik-beradik berusia 38 dan 47 tahun itu telah dua kali dirompak dan enam kali cubaan merompak.
Tiga perompak itu merupakan orang sama dan mereka tidak takut kerana setiap kali rompakan dilakukan, perompak-perompak itu tidak menutup muka.
Dua beradik berkenaan merupakan seorang guru wanita berusia 47 tahun manakala adiknya guru berkenaan tidak bekerja.
Cerita guru itu, dalam tempoh tersebut, tiga penjenayah itu berjaya merompak rumahnya sebanyak dua kali dan menyebabkan mereka mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila barangan kemas, wang ringgit dan telefon bimbit miliknya dilarikan.
“Rompakan pertama berlaku pada awal Januari lalu selepas tiga penjenayah terbabit memecah masuk rumah dan mengacukan parang ke lehernya sambil mengugut untuk memenggal kepala saya.
“Saya yang ketakutan menyerahkan wang tunai RM500, seutas gelang tangan emas dan tiga telefon bimbit kepada kumpulan penjenayah itu,” ceritanya semasa ditemui di rumahnya semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










