Guna cangkul untuk menyamun - Utusan Malaysia

Guna cangkul untuk menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Dua penyamun tekad menggunakan sebatang cangkul untuk memecah masuk sebuah stesen minyak sebelum melarikan pelbagai barang dari premis itu bernilai RM2,100 di Batu 7, Si­jangkang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dilakukan dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superitendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian disedari pekerja stesen berkenaan ketika ingin memulakan kerja pada pukul 6.20 pagi.

Katanya, pekerja tersebut mendapati cermin pada bahagian kaunter telah dipecahkan oleh penjenayah dipercayai menggunakan senjata keras.

“Pemeriksaan mendapati suspek telah mencuri kad tambah nilai prabayar, pelbagai jenis rokok dan wang tunai dengan nilai keseluruhan kerugian dianggarkan RM2,100.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua suspek memakai helmet dan bersenjatakan batang besi dipercayai cangkul telah memecahkan cermin kaunter sebelum masuk ke premis tersebut,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN