Guan Eng akui SST tidak telus - Utusan Malaysia

Guan Eng akui SST tidak telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus dan bakal memberi kesan terhadap barangan pengguna.

Malah beliau mengakui GST lebih telus berbanding SST yang dijangka bermula 1 September ini.

“Kita tidak menafikan, kalau sebut yang mana lebih telus tentunya GST lebih telus tetapi apabila sebut GST lebih telus maknanya GST itu boleh kutip cukai dengan luas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.

“Sedangkan SST sungguhpun tidak setelus dan efisien seperti GST namun kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir yang kita beri tumpuan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyelar Guan Eng ynag selalu bercakap tentang ketelusan tetapi melaksanakan dasar cukai yang tidak telus.

“SST cukai yg tidak telus, ambil cukai, rakyat tak tahu, tiada dalam resit, tersembunyi dalam harga. Beliau (Guan Eng) akui SST memang tidak telus tapi tetap akan laksana. Cakap tak serupa bikin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN