Graduan lepasan PIUC pilihan majikan - Utusan Malaysia

Graduan lepasan PIUC pilihan majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Kira-kira 95 peratus graduan lepasan Kolej Universiti Antarabangsa Picoms (PIUC) berjaya mendapat pekerjaan kurang enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Ketua Pegawai Eksekutif PIUC, Datuk Dr. Mohamad Zubir Sheikh Saad berkata, ini jelas membuktikan graduan lepasan pusat pengajian tersebut mempunyai kebolehan yang tinggi sehingga mudah mendapat kepercayaan majikan.

“Lima peratus bekas graduan memilih menjadi suri rumah atau bekerja sendiri walaupun ramai majikan berminat menawarkan pekerjaan kepada mereka.

“Malah bagi kursus Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan terdapat kira-kira 15,000 peluang pekerjaan menanti graduan di pasaran luar,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Hari Pendaftaran Terbuka PIUC di Kampus Induk PIUC di sini hari ini.

Jelas Mohamad Zubir, PIUC yang mempunyai empat buah kampus di sekitar Kuala Lumpur menawarkan 12 kursus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antaranya diploma dalam bidang perubatan, sumber manusia serta pengurusan hotel. – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×