Google didenda RM22.9 bilion - Utusan Malaysia

Google didenda RM22.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 18 Julai – Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak 4.34 bilion euro (RM22.9 bilion) ke atas Google kerana menggunakan sistem operasi mudah alih Android secara tidak sah bagi mengatasi saingannya.

Jumlah tersebut dianggarkan mewakili hanya dua minggu pendapatan bagi Google Alphabet Alphabet Inc. dan dilihat tidak akan menjejaskan rizab tunainya sebanyak AS$102.9 bilion (RM417.2 bilion).

Bagaimanapun tindakan itu mampu meningkatkan ketegangan perdagangan antara Brussels dan Washington.

Google berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap denda tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN