KUALA LUMPUR 16 Julai – Barisan pembangkang menggesa supaya sidang Parlimen ditangguhkan selama 14 hari bagi membolehkan notis pelantikan calon Yang Dipertua Dewan Rakyat yang efektif dan mengikut prosedur Peraturan Mesyuarat 4(1).
![]() |
|
Datuk Takiyuddin Hassan
|
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu wajib dipatuhi kerana bimbang pemilihan dan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang tidak mengikut prosedur itu boleh dicabar di mahkamah seterusnya memalukan negara.
“Apatah lagi, calon Yang Dipertua Dewan Rakyat ini merupakan bekas hakim mahkamah rayuan dan profesor undang-undang tersohor.
“Kami tidak menentang pemilihan calon tersebut, siapa pun kami boleh terima tapi kena ikut prosedur,” katanya dalam sidang akhbar bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang lain di lobi Parlimen, hari ini.
Jelas Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas, Peraturan Mesyuarat 4 (1) itu merupakan mandatori dan kegagalan mematuhi peruntukan tersebut akan menyebabkan fatal iaitu pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak sah. – UTUSAN ONLINE











