Gerhana bulan penuh paling lama abad ke-21 pada 28 Julai ini - Utusan Malaysia

Gerhana bulan penuh paling lama abad ke-21 pada 28 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh paling lama pada abad ke-21 pada 28 Julai ini, kata Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Timbalan Ketua Pengarahnya, Samsuddin Omar berkata, fenomena kali ini adalah kedua berlaku tahun ini, dan akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula pada pukul 1.14 pagi dan berakhir 7.28 pagi.

“Fasa herhana penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya fenomena paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).

“Tempoh paling lama bagi gerhana bulan penuh boleh berlaku selama 1 jam 47 minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN