KUALA LUMPUR 9 Julai – Kementerian Wilayah memberi jaminan semua keputusan dan gerak kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menepati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan tiada lagi pelaksanaan melalui istilah ‘terima wahyu’. Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, untuk memastikan tahap perkhidmatan dapat dipertingkatkan, DBKL perlu menjadi badan yang lebih profesional tanpa perlu terlibat atau patuh kepada arahan yang tidak sepatutnya. Beliau berkata, sikap profesional itu penting untuk mengelak DBKL terpalit dengan isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang merugikan rakyat. “DBKL perlu bekerja keras membersihkan nama sekali gus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya