JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini. Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Jenazah mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok. Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu. Identiti lengkap mangsa masih…










