TIRANA 5 Julai – Gempa bumi dengan kekuatan 5.1 magnitud melanda kawasan dasar laut Adriatik di utara pelabuhan Durres, Albania dengan gegaran turut dirasakan sehingga ke ibu negara, semalam. Menurut Institut Geosains Albania, gempa tersebut dikesan berhampiran Gjiri i Lalezit, barat laut Durres pada kedalaman 18 kilometer dan gegaran direkodkan berterusan selama 10 minit. Tiada kerosakan dilaporkan kecuali rekahan kecil pada beberapa bangunan dan beberapa bangunan tinggi dilaporkan telah dikosongkan…










