BAGI kebanyakan orang, kekejangan otot biasanya berlaku ketika melakukan aktiviti lasak seperti bersenam dan bersukan. Bagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa kekejangan otot juga berlaku ketika sedang tidur. Kekejangan otot sewaktu tidur dikatakan lebih perit berbanding sewaktu bersukan kerana ia berlaku ketika badan berada dalam keadaan tidak bersedia. Kajian Pakar Keluarga Amerika Syarikat menunjukkan lebih 60 peratus orang dewasa pernah mengalami kekejangan otot ketika tidur. Kekejangan otot tersebut biasanya menyerang betis dan telapak kaki serta ada ketikanya pada belakang paha. Kebanyakan orang yang mengalami kekejangan otot ketika tidur terdiri daripada mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya