PUTRAJAYA 10 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan gaji pegawai di syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) terlalu tinggi apabila ada antara mereka yang berpendapatan RM7 juta setahun. Beliau yang mendedahkan perkara itu berkata, semasa era pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, beliau menerima RM20,000 sebulan dan hasil pendapatannya itu dapat disimpan selama 29 tahun sehingga hari ini. Beliau berpendapat, gaji yang diperuntukkan untuk pemimpin-pemimpin di negara ini adalah mencukupi berikutan…










