SAUDARA PENGARANG,SAYA ingin menyatakan sokongan kepada kenyataan pengguna media sosial bernama Kiridaren Jayakumar yang membidas Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik kerana menangguhkan program MyBrain. Alasan hutang negara tinggi dijadikan modal untuk menyekat dana RM90 juta (juta bukan bilion) untuk program tersebut yang telah banyak mengangkat warga Malaysia ke puncak menara gading. Jayakumar turut mencadangkan derma Tabung Harapan Malaysia (THM) yang kini melangkaui RM160 juta diagihkan kepada MyBrain dan program seumpamanya…