Froome kemalangan akibat kesilapan polis - Utusan Malaysia

Froome kemalangan akibat kesilapan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT-LARY-SOULAN, Perancis 26 Julai – Nasib yang tidak begitu baik terus menyelubungi pelumba basikal Chris Froome selepas peringkat ke-17 Tour de France apabila dia kemalangan ketika sedang menuju ke bas pasukannya akibat kesilapan polis yang menyangka dia adalah peminat jaguh dunia itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh pasukan Froome, Team Sky pada hari ini yang mendakwa juara bertahan itu terlibat dalam kemalangan ketika penghujung 16 kilometer terakhir di Col du Portet selepas pihak polis mengarahkannya agar berhenti sehingga menyebabkan dia terjatuh daripada basikalnya.

Isteri Froome, Michelle memberitahu Reuters bahawa dia berpendapat pihak polis tersilap menyangka suaminya adalah peminat kerana ketika itu jaguh berbasikal berkenaan sedang memakai baju hujan berwarna hitam.

Tambah Michelle, suaminya tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN