Fleetwood ‘curi’ payung Terbuka Britain - Utusan Malaysia

Fleetwood ‘curi’ payung Terbuka Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGUS, SCOTLAND 21 Julai – Tommy Fleetwood terpaksa ‘mencuri’ payung untuk mengharungi pu­singan kedua golf Terbuka Britain semalam kerana dia tidak mempunyai penaja yang dapat membekalkan payung kepadanya.

Sambil berseloroh, pemain England yang mengumpul wang kemenangan keseluruhan 4 juta pound (RM21.35 juta) tahun lalu itu berkata, dia ‘mencuri’ payung bagi memastikan dirinya tidak terkena hujan.

Fleetwood, 27, menamatkan pusingan kedua dengan catatan enam bawah par 65, sekali gus berkongsi tempat ketiga bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Pat Perez dan Xander Schauffele selepas mengumpul 135 pukulan, lima di bawah par.

Jaguh AS, Kevin Kisner kekal sebagai pendahulu dengan ke­lebihan satu pukulan, berkongsi kedudukan bersama rakan se­negaranya, Zach Johnson.

Fleetwood mencatat enam birdie dan bebas bogey pada hari kedua di Lapangan Carnoustie, namun aksi cemerlang­nya diiri­ngi hujan pada sebelah pagi meyebabkan dia terpaksa mencari payung semasa beraksi kerana tidak membawa payung sendiri.

Ketika ditanya sama ada dia terpaksa membeli payung sendiri, dia menjawab: “Tidak, kami mencurinya!

“Secara teknikalnya, saya rasa kami tidak mencuri kerana pe­nganjur memberikan payung percuma kepada pemain.

“Saya tidak membawa payung sendiri kerana tidak ada penaja. Payung ini kelihatan cantik, berwarna kuning dan sudah pasti lapangan juga sangat cantik”. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN