Firma dakwa temui kapal Rusia bawa harta karun RM527 bilion disiasat - Utusan Malaysia

Firma dakwa temui kapal Rusia bawa harta karun RM527 bilion disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Pihak berkuasa kewa­ngan Korea Selatan menyatakan semalam bahawa ia melancarkan siasatan ke atas sebuah syarikat di Seoul yang mendakwa me­nemui sebuah kapal ‘harta karun’ Rusia di perairan negara ber­kenaan.

Firma Shinil Group meng­umumkan pada minggu lalu bahawa pihaknya telah menemui kapal perang Rusia, Dmitri Donskoi. Kapal itu tenggelam satu abad lalu di Laut Jepun dan dipercayai membawa jongkong serta syiling emas bernilai kira-kira AS$130 bilion (RM527 bilion).

Namun, firma yang baru ditubuhkan itu berdepan persoalan sama pengumuman itu bertujuan menaikkan harga saham atau bagi mengumpan pelabur supaya membeli mata wang kriptonya.

“Kami melancarkan siasatan terhadap firma Shinil Group,” kata Gabenor Penyelia Perkhidmatan Kewangan, Yoon Suk-heun kepada Parlimen semalam.

“Siasatan ini bagi mengenal pasti sama ada wujud percubaan untuk memanipulasi harga saham dan mata wang kripto,” tambah­nya tanpa mengulas lanjut.

Shinil dilaporkan menjual syi­ling digital itu kepada pelabur dan menjanjikan keuntungan lumayan selepas kapal itu diapungkan dari dasar laut pada kedalaman 426 meter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN