FIFA jemput pasukan bola sepak yang terperangkap tonton Piala Dunia - Utusan Malaysia

FIFA jemput pasukan bola sepak yang terperangkap tonton Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 6 Julai – Lawatan ke Rusia untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 menanti 12 pemain remaja dan jurulatih mereka dari Thailand yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, utara Thailand, jika mereka keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan.

Jemputan itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung, semalam. Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.

“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing tidak lama lagi dan tahap kesihatan mereka mengizinkan untuk melakukan perjalanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.

Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak Wild Boar atau Mu Pa dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang ‘pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN