FGV serah zakat lebih sejuta kepada Maik - Utusan Malaysia

FGV serah zakat lebih sejuta kepada Maik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 17 Julai – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017 berjumlah RM538, 448 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Majlis penyampaian cek zakat itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan FGV, Zulkeffli Ahmad kepada Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Sumber Manusia FGV, Ilyas Helmi Mohd. Yusof.

Dalam pada itu, Nik Mohd. Azlan berkata, sehingga semalam, Maik telah berjaya memungut zakat lebih RM112 juta.

“Jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 14.38 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan jumlah kutipan RM98 juta.

“Setiap tahun, kita membelanjakan kutipan zakat ini untuk beberapa kategori asnaf termasuk 50 peratus untuk fakir miskin dan 30 peratus untuk pendidikan, “ katanya pada Majlis Penyerahan Zakat di sini hari ini.

Tambah beliau, pada tahun ini, pihaknya menyasarkan kutipan zakat melebihi RM185 juta.

“Kita yakin dapat mencapai sasaran berkenaan berdasarkan peningkatan kitipan zakat yang diterima Maik setiap tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN