Felda Travel adakan taklimat haji perdana - Utusan Malaysia

Felda Travel adakan taklimat haji perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Ber had, Felda Travel Sdn. Bhd (Felda Travel) menganjurkan Majlis Taklimat Haji Perdana Tahun 1439H di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Felda Travel, Azman Ahmad berkata, tahun ini merupakan kali ke-12 pihaknya menguruskan jemaah haji.

“Taklimat yang diadakan merangkumi praktikal ibadah haji, pendedahan asas berkaitan haji dan pengurusan operasi haji di tanah air dan Tanah Suci.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain menawarkan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji, Felda Travel juga bertanggungjawab membantu melakukan persediaan awal kepada para jemaah menerusi taklimat seperti ini,” katanya.

Felda Travel menghantar seramai 296 jemaah haji tahun ini, iaitu menerusi pakej ekonomi (Nuhasi) seramai 224 jemaah dan pakej premium (Zahabi) seramai 72 jemaah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×