F1: Mercedes nampak mudah musim ini - Utusan Malaysia

F1: Mercedes nampak mudah musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pelumba Red Bull Racing, Da­niel Ricciardo menyifatkan seteru utamanya, Mercedes ketika ini dalam keadaan lemah namun mengakui pasukan tersebut masih sukar untuk ditewaskan.

RICCIARDO berpendapat pasukan Mercedes tidak lagi mendominasi
RICCIARDO berpendapat pasukan Mercedes tidak lagi mendominasi saingan F1 musim ini apabila Ferrari semakin hebat pada perlumbaan tahun ini.

Mercedes menyapu bersih empat gelaran berturut-turut pada perlumbaan Formula Satu (F1) menerusi kategori pelumba dan pengeluar sejak musim 2014 hingga 2017. Pada tahun ini, peluang mereka untuk menyapu bersih gelaran itu dilihat sukar apabila disaingi hebat oleh Ferrari.

Ketika ini, Sebastian Vettel kembali memimpin carta kedudukan pelumba dan meninggalkan Lewis Hamilton di kedudukan kedua dengan perbezaan lapan mata. Hamilton kehilangan banyak mata atas beberapa kesilapan yang berlaku kepadanya.

Ketika aksi GP Britain, Hamilton tewas kepada Vettel kerana kesilapan strategi hentian pit sekali gus gagal mengutip 25 mata penuh. Di Austria pula, kedua-dua pelumba Mercedes, Hamilton dan Valtteri Bottas gagal menamatkan perlumbaan selepas berdepan masalah jentera.

Insiden kecil itu mengancam Mercedes mahupun Hamilton untuk mempertahankan gelaran yang diraih sebelum ini. Atas dasar itu, Ricciardo berfikir bahawa Mercedes kini dalam kea­daan lemah.

“Mereka (Mercedes) tidak lagi menjadi pasukan dominan seperti sebelum ini mungkin disebabkan beberapa insiden hingga mereka terlepas meraih kemenangan. Bagi saya, mereka masih sebuah pa­sukan yang hebat dan sukar untuk ditewaskan.

“Seperti tahun lalu, Mercedes merupakan pasukan hebat dan dilihat tiada masalah untuk me­rangkul kemenangan terutama pada GP Britain. Kini, sebaliknya berlaku dan Ferrari dilihat semakin kuat di depan,” katanya.

Ketika ini, Ricciardo dikatakan bakal mendapat tawaran daripada Ferrari dan Mercedes, namun pelumba berusia 28 tahun itu dikatakan kekal bersama Red Bull semusim lagi selepas dijanjikan jentera yang lebih kompetitif apabila pasukan tersebut menjalani kerjasama dengan Honda musim 2019. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN