Ezzudin masih kritikal, jalani 3 pembedahan - Utusan Malaysia

Ezzudin masih kritikal, jalani 3 pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Anak bongsu kepada Allahyarham Noorakhiruldin Alam Mohamad Noor, 48, yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 445.9, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Ra­wang dekat sini semalam, dilaporkan masih kritikal.

Sepupunya, Nur Fakhruddin Mohd. Idrus, 27, berkata, buat masa ini Ezzudin, 10, yang cedera parah dalam kemalangan ngeri itu masih belum sedarkan diri selepas mengalami pelbagai kece­deraan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

“Saya dimaklumkan sepupu saya telah menjalani dua hingga tiga pembedahan di bahagian rahang. Malah pada hari ini dia (Ezzudin) turut menjalani pembedahan di bahagian tengkorak memandangkan ada kemungkinan pendarahan di bahagian otak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini dia ditemani saudara maranya di hospital kerana keluarganya menguruskan pengebumian jenazah ayahnya di Permatang Pauh, Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari semalam, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun itu bergesel dengan Perodua Myvi lalu merempuh kereta Nissan Almera sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bergesel pula dengan bas per­siaran.

Susulan daripada itu, tiga kenderaan lain iaitu BMW, Toyota Vellfire dan Perodua Alza di laluan bertentangan tidak dapat mengelak treler tersebut, menyebabkan empat maut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×