ISU peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak mahu membuat bayaran seperti tiada jalan penyelesaian. Setiap satu jalan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengutip balik hutang daripada mereka yang terpelajar ini menuju jalan buntu. Lebih 2.1 juta individu telah membuat pinjaman daripada perbadanan ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 1997. Perbadanan ini berjaya memberi peluang kepada pelbagai golongan masyarakat untuk mencapai cita-cita mereka menjadi individu yang berpendidikan. Mana…










