SELEPAS dua tahun menjalani penggambaran, kini sebuah naskhah yang ditunggu-tunggu ramai, Pulang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Semestinya, ia merupakan sebuah karya yang cukup istimewa apabila menelan belanja pembikinan sehingga mencecah RM6 juta. Lebih menarik, filem ini turut banyak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) yang turut memperuntukkan perbelanjaan yang cukup tinggi. Bakal menemui penonton di pawagam bermula 26 Julai ini, Pulang menjanjikan jalan cerita yang cukup menyentuh hati…










