ANKARA 10 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melantik anak menantunya sebagai menteri kewangan, semalam beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah jawatan presiden yang memegang kuasa eksekutif dengan menjanjikan kerajaan dan Turki yang kuat.
Erdogan menamakan Berat Albayrak sebagai menteri perbendaharaan dan kewangan dalam satu kemas kini Kabinet dengan mengetepikan bekas timbalan perdana menteri, Mehmet Simsek.
“Kami sebagai negara dan rakyat Turki sedang membuat permulaan baharu hari ini,” kata Erdogan. – REUTERS










