Enam murid dijangkiti HFMD, sekolah diarah tutup dua minggu - Utusan Malaysia

Enam murid dijangkiti HFMD, sekolah diarah tutup dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Dua buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Enam di sini diarahkan tutup selama dua minggu sejak semalam selepas enam muridnya disahkan dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD).

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Enam, Hamidah Md. Hashim berkata, dua kelas prasekolah yang menempatkan seramai 50 orang murid berusia 5 dan 6 tahun, dua orang guru dan pembantu diarahkan bercuti sehingga 8 Ogos ini.

“Semua murid yang disahkan dijangkiti HFMD itu pada Selasa dan Rabu. Murid terlibat telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Mereka turut diberi cuti kuarantin selama lima hari bermula semalam hingga Sabtu ini,” katanya.

Menurut Halimah, sebagai langkah pencegahan, pihak sekolah telah menjalankan kerja pembersihan kelas prasekolah itu sejak semalam.

Katanya, satu taklimat pencegahan penyakit HFMD dan cara penjagaan kesihatan diri telah diberi kepada semua guru dan murid sekolah itu semasa perhimpunan pagi pada setiap hari.

“Pihak sekolah turut menjalankan pemeriksaan simptom penyakit HFMD kepada setiap murid sebelum perhimpunan sekolah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN