KUALA LUMPUR 29 Julai- Enam kenderaan musnah terbakar dalam dua kejadian berasingan di Sungai Chua, Kajang dekat sini pagi tadi. Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian pertama membabitkan dua buah kereta Toyota Hilux dan Kia Picianto yang diletakkan di bahu jalan di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua. “Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.27 pagi dan sebuah pasukan dihantar bagi memadamkan kebakaran. “Dua jam kemudian, kita menerima panggilan kecemasan melibatkan…










