KUALA LUMPUR 10 Julai – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini menerima perletakan jawatan dua Naib Presidennya, Datuk Lim Thean Sheang dan Nizam Sani, termasuk Setiausaha Agung Rosman Ibrahim dan Bendahari Datuk S. Sivasundaram susulan daripada mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung Selasa lalu. FAS menerusi satu kenyataan akhbar hari ini berkata, mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh Presiden Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu…










