GERIK 8 Julai – Empat maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam kemalangan melibatkan sebuah lori balak dan kereta di Kilometer 59, Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, dua lelaki masing-masing pemandu treler dan pemandu kereta serta seorang wanita dan kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian. Identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti. Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa…










