Empat ahli Dewan Negara akan ke istana angkat sumpah, sertai Kabinet - Utusan Malaysia

Empat ahli Dewan Negara akan ke istana angkat sumpah, sertai Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu ( Hindraf), P. Waytha Moorthy mengesahkan akan mengangkat sumpah untuk menyertai Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini.

Selain itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan calon PKR Parlimen Ketereh, Dr. Mohd. Radzi Jidin turut sama akan ke istana hari ini.

Kesemua mereka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, di Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN