Emma Maembong pertahan gelaran Ratu Telenovela - Utusan Malaysia

Emma Maembong pertahan gelaran Ratu Telenovela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Aktres jelita, Emma Maembong, 26, berjaya mempertahankan gelaran Ratu Telenovela yang dimenanginya tahun lalu pada majlis Anugerah Telenovela 2018 (ATN 2018) yang dianjurkan di sini semalam.

Kemenangan peneraju drama bersiri Awak Suka Saya Tak berdarah kacukan Melayu-Scotland itu sekali gus menafikan hak pelakon wanita popular lain yang turut bersaing seperti Nur Fazura, Farah Nabilah, Neelofa dan Hannah Delisha.

Malah, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail itu juga menambah koleksi trofi miliknya apabila dinobatkan pemenang bagi kategori Pelakon Serba Dinamik dan Komited.

Dalam pada itu, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin menang berganda apabila kedua-duanya mendominasi dua kategori iaitu Pelakon Telenovela Lelaki & Wanita Popular serta Pelakon Telefilem Lelaki & Wanita Popular.

Bahkan, produksi telefilem lakonan pasangan suami isteri berkenaan iaitu Wanita Terindah dan Hero Seorang Cinderella turut menyapu bersih lain-lain trofi yang dinilai berdasarkan populariti seperti Telenovela Popular, Telefilem Popular dan Novel Popular. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN