JERANTUT – Kejadian curi durian di daerah ini semakin menjadi-jadi ekoran faktor peningkatan permintaan terhadap raja buah itu sejak beberapa minggu lalu. Beberapa pemilik dusun di daerah ini ketika ditemui semalam mengakui terdapat banyak kejadian kehilangan durian yang dipercayai dicuri pada waktu malam. Menurut Abdul Azim Abdul Ghani, 21, kehilangan durian di dusun milik bapanya di sini kerap berlaku sejak beberapa hari lalu ketika mereka memulakan kerja mengutip raja buah…










