KUALA LUMPUR 24 Julai – Dua remaja lelaki yang disyaki aktif melakukan aktiviti mencuri motosikal ditahan dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar Puchong dekat sini hari ini.
Kedua-dua suspek terbabit diberkas selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kenari, Puchong Jaya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan yang dijalankan pihaknya menemukan beberapa komponen motosikal, dua kerangka dan dua buah motosikal curi jenis Honda EX5.
“Kumpulan curi motosikal itu bergiat aktif sejak dua tahun lalu sekitar daerah bawah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
“Polis masih menyiasat perkara ini dan percaya lebih ramai suspek akan dijejaki dan ditangkap bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya. – UTUSAN ONLINE











