Dua suspek aktiviti ah long ditahan - Utusan Malaysia

Dua suspek aktiviti ah long ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Polis menahan dua individu dipercayai sedang memasang gegantung iklan pinjaman wang tanpa lesen di Jalan SS14, Subang Jaya dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam terdapat dua individu memasang gegantung iklan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

“Pada pukul 1.45 petang, sepasukan anggota Agressif Policing dari Balai Polis Subang diketuai pegawai serbuan, Asisten Superintenden Salmin Jaafar menahan kedua-dua individu tersebut.

“Hasil pemeriksaan keatas kenderaan dipercayai milik dua suspek terbabit menemukan 45 gegantung iklan dari syarikat pinjaman ah long.

“Polis kemudian merampas gegantung tersebut sebagai usaha membanteras kegiatan pemberian pinjaman wang tanpa lesen oleh ah long terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN