Dua maut dalam kemalangan di LPT1 - Utusan Malaysia

Dua maut dalam kemalangan di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 132.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah barat berhampiran Temerloh malam tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kemalangan berlaku yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu melibatkan sebuah treler, Perodua Myvi, Proton Saga dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner dari arah yang sama.

Mangsa yang maut ialah penumpang Myvi Nur Rashila Rosdan, 22, beralamat di Sungai Parit Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan pemandu Toyota Fortuner Low Kim Boon, 65, dari Taman Bukit Istana, Kuantan.

“Mangsa yang cedera ialah penumpang dan pemandu kereta Proton Saga iaitu seorang lelaki dan tiga wanita dewasa. Bagaimanapun pemandu dan pembantu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Identiti mangsa yang cedera sehingga kini masih belum diperoleh.

“Mayat kedua-dua mangsa  dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN