Dua lokasi baharu diisytihar kawasan wabak rabies - Utusan Malaysia

Dua lokasi baharu diisytihar kawasan wabak rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies iaitu di kawasan Kampung Mapu Kijabu, Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi, Sarikei.

Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibut oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN, Datuk Amar Dougkas Uggah Embbas.

“Memandangkan Kampung Mapu Kijabu berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak sebelum ini, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-32 dan ke-33 wabak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies ialah 33 kawasan dari lima bahagian iaitu Kuching (lima), Samarahan (tiga), Serian (22), Sri Aman (satu), dan Sarikei (dua). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN