Dua kritikal selepas terdedah kepada ‘bahan misteri’ - Utusan Malaysia

Dua kritikal selepas terdedah kepada ‘bahan misteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Julai – Polis Britain memaklumkan hari ini bahawa dua orang berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Salisbury selepas terdedah kepada ‘bahan misteri’, tidak lama selepas bekas pengintip Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya diracun.

“Kedua-dua pesakit ‘sedang menerima rawatan terhadap pendedahan kepada bahan tidak diketahui di Hospital Daerah Salisbury’.

“Mereka berdua dalam keadaan kritikal,” kata polis Wiltshire dan mengklasifasikannya sebagai insiden penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-duanya, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 40-an, ditemui tidak sedarkan diri pada Sabtu lalu di sebuah rumah di kampung Amesbury, kira-kira 12 kilometer dari Salisbury.

Sementara itu, Polis Wiltshire berkata, mereka pada awalnya mengesyaki bahawa kedua-dua jatuh sakit setelah menggunakan ‘heroin atau kokain dari kumpulan ubat yang tercemar’.

“Bagaimanapun, ujian selanjutnya kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti bahan yang menyebabkan mereka jatuh sakit dan kami tetap berfikiran terbuka terhadap pelbagai faktor yang menyebabkan kejadian ini.

“Sekumpulan pasukan keselamatan diletakkan di sekitar kawasan di mana keduanya pergi sebelum mereka jatuh sakit, kata polis manakala kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di Amesbury dan Salisbury.

Jurucakap Kesihatan Awam England (PHE) turut berkata, tidak dapat dipastikan bahawa terdapat risiko kesihatan yang jelas kepada orang awam.

“Ini akan terus dinilai sebagai maklumat lanjut sebelum diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan.-AFP

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN