KEMAMAN 25 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah kapal yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran dalam operasi khas di perairan daerah ini, malam tadi. Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Muhamad Rezal Kamal Badshah berkata, kapal kargo minyak, Edy Aman yang didaftarkan di Indonesia dan YTC TUG IX yang didaftar di Singapura ditahan pada pukul 11.40 malam,…










