MAE SAI 8 Julai-Dua kanak-kanak lelaki menjadi yang pertama dikeluarkan dalam kalangan 13 orang akibat terperangkap di Gua Tham Luang sejak dua minggu lalu.
Jurucakap kementerian pertahanan negara itu, Leftenan Jeneral Kongcheep Tantrawanit memberitahu AFP, dua lagi dijangka akan keluar tidak lama lagi.
“Dua telah keluar dari gua dan dua lagi akan keluar, mungkin akan berlaku segera,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai, Tossathep Boonthong yang juga menyertai pasukan penyelamat berkata, kanak-kanak yang dikeluarkan kini diperiksa di hospital lapangan berhampiran gua.
“Mereka menjalani pemeriksaan fizikal dan belum dipindahkan ke Hospital Chiang Rai,” katanya. – AGENSI/REUTERS/AFP










