Dr. Zakir Naik bertemu Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Dr. Zakir Naik bertemu Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Disebalik tekanan segelintir pihak agar Dr. Zakir Naik diusir dari Malaysia, pendakwah terkenal itu dilaporkan bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Gambar pertemuan tersebut yang dikongsi di Facebook Zakir bertulis ‘Interaksi dengan ketua negara, Dr. Zakir Naik dai Islam dan perbandingan agama, perbualan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad’.

“Assalamualaikum saudara-saudaraku. Terima kasih kepada semua atas sokongan dan doa,” tulis Zakir.

Pada 6 Julai lalu Dr. Mahathir menegaskan kerajaan tidak akan menghantar Zakir pulang ke India selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Menurut Dr. Mahathir, penceramah itu tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan status penduduk tetap negara ini.

Pada 1 Mac 2017 beberapa pihak termasuk Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy dan 16 aktivis memfailkan saman pemula untuk memaksa pihak berkuasa supaya menangkap dan mengusir Zakir yang dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara dan harus dilarang daripada memasuki Malaysia.

Walau bagaimanapun pada 20 September 2017 mereka memfailkan permohonan untuk meminda saman pemula dengan menggugurkan permohonan supaya Zakir ditangkap dan diusir.

Mereka sebaliknya memohon pengisytiharaan bahawa pendakwah itu adalah ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam negara ini dan oleh itu tidak berhak mendapat status pemastautin tetap di Malaysia.

Kerajaan pada 13 Februari lalu berjaya membatalkan permohonan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN