Dr. Mahathir mahu sungai di Sarawak dimanfaat - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir mahu sungai di Sarawak dimanfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu aset di Sarawak khususnya sungai dimanfaat sebaik mungkin.

“Saya telah bercakap berkenaan potensi di Sarawak ini, kita perlu eksploitasi aset yang kita ada iaitu sungai yang sememangnya merupakan suatu aset di samping tanah. Tanah sangat luas di  Sarawak berbanding jumlah penduduknya yang agak kecil.

“Jika dibandingkan dengan sungai, pembangunan tanah kini tertakluk kepada pertimbangan dari segi alam sekitar tetapi dengan sungai, kita boleh lakukan banyak perkara seperti pengangkutan, menjana tenaga. Berdasarkan taklimat yang disampaikan kepada saya tadi, saya dapati potensi bagi pertumbuhan Sarawak itu ada dan segala-galanya bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan aset itu,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup kira-kira 45 minit mengenai pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini hari ini, yang  disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah  Embas dan barisan menteri Kabinet Sarawak. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN