Dr. Mahathir harap kakitangan awam jujur, amanah dan berdedikasi - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir harap kakitangan awam jujur, amanah dan berdedikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus berharap agar kumpulan pekerja kakitangan awam memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya demi membangunkan negara.

Harapan itu disuarakan oleh Dr. Mahathir dalam akaun Twitter beliau hari ini, dengan memuat naik beberapa gambarnya yang menerima kunjungan hormat Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

“Perkhidmatan yang jujur dan amanah serta berdedikasi adalah penting untuk membangunkan Malaysia. Jika sayangkan negara, kita tidak tergamak membuat salah laku,” katanya dalam status berkenaan.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mei lalu, Dr. Mahathir meminta penjawat awam yang terlibat secara langsung dengan kempen pilihan raya parti pemerintah terdahulu untuk kembali neutral.

Katanya, hal itu penting supaya kumpulan pekerja tersebut dapat melaksanakan tanggungjawab di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dengan baik.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN