Dr. Badrul Hisham dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan Utusan - Utusan Malaysia

Dr. Badrul Hisham dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Utusan Melayu (M) Berhad mengumumkan pelantikan Dr. Badrul Hisham Mohd. Yusoff sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu syarikat itu berkuat kuasa hari ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini memberitahu, Badrul Hisham, 44 adalah berkelulusan Ijazah Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 1997 dan turut menerima Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam Pentadbiran Perniagaan di Charles Stuart University, Australia dan UUM pada tahun 2002 dan 2010.

“Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruaudit bersama Arthur Andersen & Co pada tahun 1997 di mana beliau berkhidmat di firma tersebut selama tiga tahun. Beliau kemudiannya menyertai Tradewinds (M) Bhd. sebagai Pengurus Audit Dalaman dari tahun 2001 sehingga 2003.

“Berpengalaman luas dalam bidang pengauditan, Badrul Hisham seterusnya dilantik sebagai Ketua Juruaudit Dalaman di pelbagai organisasi terkemuka seperti Affin Investment Bank Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Kenanga Investment Bank Berhad dan Bank Rakyat Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Audit Dalaman untuk Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad dari 2016 sehingga 2017 selain memegang jawatan Pengarah di Merge Energy Berhad,” kata kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama Utusan Melayu turut mengumumkan peletakan jawatan Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai pengarah syarikat berkuatkuasa 26 Julai 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN