Donald Trump ubah pendirian lagi - Utusan Malaysia

Donald Trump ubah pendirian lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kelmarin bahawa AS tidak perlu tergesa-gesa untuk melucutkan senjata nuklear Korea Utara seperti yang dipersetujui antara beliau dan Kim Jong-un.

“Perbincangan sedang berjalan dan ia berjalan dengan sangat baik.

“Kami tiada had masa. Kami tiada had kelajuan,” kata Trump kepada pemberita.

Trump berkata bahawa beliau membincangkan isu Korea Utara dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada sidang kemuncak mereka di ibu negara Findland, Helsinki, Isnin lalu.

“Putin akan terlibat sama dan menyokong usaha kami,” kata Trump.

Presiden AS daripada Parti Republikan itu mengadakan pertemuan dengan Jong-un di Singapura pada 12 Jun lepas yang menyaksikan pemimpin Korea Utara itu berjanji akan berusaha ke arah perlucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Namun, perjanjian itu tidak meletakkan jadual untuk proses berkenaan selesai atau memperincikan bagaimana perlucutan senjata nuklear Pyongyang akan dilaksanakan. Tugas merangka perincian tersebut sebaliknya digalas oleh diplomat AS dan Korea Utara.

Bagaimanapun, sebulan kemudian, tiada kemajuan konkrit dilaporkan, manakala Korea Utara mengadu bahawa AS membuat tuntutan unilateral.

Sebelum sidang kemuncak di Singapura diadakan, Trump menegaskan bahawa proses perlucutan senjata nuklear Pyongyang perlu bermula ‘tanpa sebarang penangguhan’.

Bagaimanapun, selepas sidang itu selesai, Trump pula berkata, proses tersebut akan bermula dengan ‘amat segera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN