Djokovic kongsi kemenangan Wimbledon bersama anak - Utusan Malaysia

Djokovic kongsi kemenangan Wimbledon bersama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Julai – Anak lelaki Novak Djokovic, Stefan yang berusia tiga tahun mencuri tumpuan selepas bapanya merangkul gelaran Wimbledon keempat, semalam di Gelanggang Utama.

Djokovic mengalahkan Kevin Anderson 6-2, 6-2, 7-6 (7/3), dan kemenangan tersebut menyaksikan bekas pemain No. 1 dunia itu menambah koleksi trofi yang pernah diunggulinya pada 2011, 2014 dan 2015.

Kejayaan itu juga menyaksikan Djokovic merangkul gelaran ke-13 Grand Slam.

Sewaktu Djokovic sedang berucap selepas kemenangannya, Stefan, terlalu muda untuk memahami dan menyaksikan perlawanan di dalam gelanggang. Anak kecil itu menyertai ibunya, Jelena di tempat duduk pemain dan kehadiran Stefan ternyata membuat Djokovic gembira.

“Ini cukup mengagumkan dan ia sesuatu yang istimewa apabila ada seseorang yang menjerit, ‘ayah, ayah’. Dia tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan kerana usianya di bawah lima tahun, tetapi kami memang amat berharap jika ia berlaku dan saya pula menjulang trofi, Stefan menjadi saksi, jadi, tiada yang lebih menggembirakan saya.

“Stefan merupakan rakan sepelatih terbaik yang pernah saya ada sejak beberapa minggu ini,” kata Djokovic, 31.

Djokovic dan isteri turut mempunyai seorang anak perempuan, Tara yang dilahirkan pada September, tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN