Dipenjara 22 tahun kerana rasuah - Utusan Malaysia

Dipenjara 22 tahun kerana rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun enam bulan dan denda sebanyak RM36 juta terhadap bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Me­laka, Datuk Khalid Omar atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.4 juta, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembe­laan.

Khalid, 58, yang bera­sal dari Melaka disabitkan dengan 18 pertuduhan masing-masing 13 pertuduhan menerima suapan mengikut Sek­syen 165 Kanun Keseksaan dan lima pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Ha­ram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi setiap pertuduhan dan denda keseluruhan berjumlah RM36 juta atau 25 bulan penjara jika gagal membayarnya bagi pertuduhan di bawah Akta AMLATFPUAA.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN