Dialog tertutup bincang masalah buli doktor muda, pelatih - Utusan Malaysia

Dialog tertutup bincang masalah buli doktor muda, pelatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mengadakan dialog tertutup dengan doktor muda dan doktor pelatih dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah buli di tempat kerja, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, ia adalah susulan kajian yang dilakukan sebuah forum doktor dalam talian, ‘Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)’ yang mendapati hampir 80 peratus doktor muda pernah dibuli di tempat kerja. 

“Kita harapkan dialog ini akan menjadi saluran alternatif bagi doktor muda membincangkan hal ini, kebajikan mereka harus diberikan keutamaan,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini. 

Kajian oleh DOBBS itu turut mendapati 17 peratus daripada responden menyatakan kes buli itu sangat teruk sehingga mereka pernah memikirkan untuk membunuh diri. 

Sementara itu, Dzulkefly berkata, tindakan tegas juga bakal diambil kepada individu yang terlibat dengan pembulian doktor muda. 

“Kita akan kenal pasti individu tersebut dan tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengelak pemangsaan doktor muda ini. Kita perlu mengenal pasti apa realiti sebenar dahulu sebelum langkah seterusnya diambil,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN