Dia bukan wanita kuat cemburu - Tajul - Utusan Malaysia

Dia bukan wanita kuat cemburu – Tajul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai- Penyanyi, Tajul sekali lagi menegaskan dia bukan suami orang namun mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie.

TAJUL mengakui sedang bercinta dengan Nurul Syamieza Eddie.

Tajul, 20, berkata berikutan kontroversi tersebut, dia kini lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar atau video di media sosial supaya perkara sama tidak berulang sekali lagi.

Katanya, teman wanitanya itu bukan jenis kaki cemburu dan tidak mengambil pusing sebarang kontroversi termasuk gosip dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan rakan penyanyi, Wany Hasrita.

“Ya, memang saya sudah berpunya tetapi belum berkahwin. Saya pun belum fikir ke tahap itu lagi. Menunggu waktu sesuai sebenarnya. Kalau tanya dia (Nurul Syamieza), dia memang sudah bersedia.

“Dia bukan `queen control’ (suka mengongkong) atau kuat cemburu. Kami pun sudah bercinta sejak zaman sekolah lagi jadi, dia sudah kenal siapa saya dan tidak cemburu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN