Dewan Rakyat bersidang hari ini - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat bersidang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat bakal kembali riuh apabila persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 20 hari mulai hari ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan pada 9 Mei lepas.

Berbeza dengan persidangan sejak 61 tahun lalu, Dewan Rakyat kali ini mencatatkan satu sejarah apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sekian lama bergelar kerajaan bertukar tempat di kerusi pembangkang.

Seramai 222 ahli Dewan Rakyat terdiri daripada 116 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan lapan Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah yang mewakili kerajaan serta 98 Ahli Parlimen pembangkang dan bebas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkata, pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat menjadi urusan utama persidangan itu sebelum upacara mengangkat sumpah jawatan oleh 222 Ahli Parlimen.

Persidangan itu akan dimulakan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengemukakan usul pertama iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×