Demi Lovato tidak sedarkan diri akibat dadah - Utusan Malaysia

Demi Lovato tidak sedarkan diri akibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai- Demi Lovato dikejarkan ke hospital hari ini apabila ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya. Menerusi laporan media antarabangsa, Lovato yang juga penyanyi asal lagu popular Let It Go disyaki mengambil dadah jenis heroin secara berlebihan.

Bagaimanapun keadaan terkini Lovato dikatakan sudah stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Penyanyi ini pernah berkongsi masalah ketagihan dadah pada tahun 2010. Malah dia pernah mendapatkan rawatan untuk mengatasi ketagihan tersebut.

Jelas Lovato dalam perkongsiannya itu, dia turut menggunakan dadah jenis kokain selain berdepan dengan masalah ketagihan arak dan penyakit bipolar.

Baru sahaja mengeluarkan lagu baharu berjudul Sober, antara bait dalam lagu tersebut dikatakan turut menjelaskan keadaan dirinya kini yang sedang bergelut dengan masalah ketagihan.

Sebagai antara penyanyi paling berbakat di Hollywood, Lovato mempunyai hubungan yang baik dengan penyanyi lain.

Ketika ini juga rakan-rakan seperjuangnya seperti Bruno Mars, Ariana Grande, Lily Allen dan ramai lagi mula mengeluarkan kenyataan di Twitter masing-masing tentang keadaan Lovato. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN