SAUDARA PENGARANG,LOT parkir yang terhad dan tidak mencukupi di sekitar ibu negara menyebabkan ramai warga kota berebut-rebut untuk meletakkan kenderaan mereka. Apa yang dapat diperhatikan, terdapat pihak tertentu atau pekedai yang mengambil kesempatan dengan meletakkan tanda seperti kon dan sebagainya di lot tertentu seolah-olah menunjukkan lot parkir berkenaan dikhaskan untuk mereka. Persoalannya, orang ramai memang mengetahui bahawa hanya lot parkir tertentu sahaja dibenarkan berbuat demikan seperti diwarnakan garisan merah. Namun,…










